.:: SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK SUNGAI LINAU | SeLINAU CEPAT, PANTAS, TANGKAS | MEMACU KAPASITI MENGIMBANGI TRANSFORMASI KE ARAH SEKOLAH BERKUALITI ::.

SEJARAH

SKSL tahun 1995

SKSL tahun 2001

SKSL masa kini

Pada asalnya sekolah ini adalah cawangan Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam yang menumpang di bangunan SJKC South Malaya.

Pertambahan bilangan murid, kekurangan bilik darjah dan desakan ibu bapa menyebabkan kerajaan terpaksa mengadakan bangunan kekal sendiri.

Pembinaan sekolah dimulakan pada 1 Januari 1976 dan siap pada pertengahan tahun 1978. SK Sungai Linau mendapat nama sempena nama sungai utama di kawasan ini. Nombor pendaftaran sekolah ini ialah JBA2037.

Para pelajar sekolah ini datangnya dari sekitar kampung berhampiran termasuklah Kg. Sungai Linau, Kg. Isnin Maarof, Kg. Parit Ghani, Parit Hj. Dol Salam, Parit Hassan, Parit Kassan dan juga Kg. Simpang Renggam. Bangunan sekolah dibina di atas tanah seluas 7 ekar. SK sungai Linau terletak 8 km dari Pekan Simpang Renggam dan 40 km dari PPD Kluang.

Sekolah ini dibuka dengan bilangan murid berjumlah 187 orang dan 11 orang guru termasuk Guru Besar.

Pada tahun 1980 dalam Rancangan Malaysia ke-4 kerajaan meluluskan peruntukan bangunan tambahan 2 tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah, 1 bilik sembahyang, 1 bilik perpustakaan, 1 bilik rawatan, 1 bilik tayang dan 1 bilik sumber. Pihak Penisular Plantation Sdn. Bhd. telah bermurah hati menderma buku-buku perpustakaan, radio kaset, overhead projector dan filem sisipan.

Pada tahun 2001, Makmal Komputer dibina. Pada tahun 2002 pula, SK Sungai Linau mendapat bangunan 4 tingkat mengandungi 6 buah bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik sumber, bilik sumber, bilik muzik, bilik kemahiran hidup, bilik sembahyang, bilik mesyuarat dan pejabat guru. Kantin Sekolah dan Pondok Kawalan Keselamatan dibina pada tahun 2003.

Pusat Akses sekolah pula dibina pada tahun 2007, menempatkan 10 buah komputer. Kelas j-QAF juga memulakan operasinya pada awal tahun 2007.

3 ulasan :

  1. SEJARAH YANG SANGAT MENARIK.
    SKSL THE BEST SCHOOL.
    FROM,MIFTAHUL SHAZLIA BINTI SHARIFF

    BalasPadam
  2. Tulisan ap yg dtulis kat atas pelita tu xnmpk kabur..ad spe² tau

    BalasPadam